Gastrik kena makan kerap?

Ditulis oleh Azwan Zainal dan disemak secara perubatan oleh panel perubatan MBB
——————————
Orang cakap, gastrik nie kena makan kerap dan ikut time. Saya sekarang makan ikut time. Setiap 2 jam ke 3 jam saya kena makan sikit. Kalau tak makan perut saya pedih. Saya nie kerap lapar.
Saya makan ikut nasihat doktor sekarang, makan sikit sikit tapi kerap. Kalau saya miss time makan memang perut pedih. Sakitnya bukan main main…tembus ke tulang belikat…kaki jadi lenguh, dada jadi sakit. Anxiety pon datang sekali.
Orang bagitahu sebab acid perut saya lebih…dia hakis dinding perut saya itu yang jadi pedih tue. Saya kena kerap makan kalau tak nanti jadi ulcer perut.
Saya baru nak cuba HAW-FI Plus dengan practice MBB ini. Tapi seram saya dengan cara makan MBB ini. Dietect cakap tak boleh makan kerap…Tapi kalau tak makan kerap perut saya pedih…macam mana nie ?
———————————
Okes bab ini kena clear. Kena faham betul kenapa orang yang ada masalah penghadaman ini perut dia jadi pedih kalau tak makan kerap dan mengapa ianya boleh beri kesan kepada satu tubuh badan. Dan untuk memhami hal ini, kita kutip dahulu “pengetahuan konvensional” mengenai hal ini.
——————————
Pengetahuan Konvensional.
Pedih perut adalah akibat masalah Gastritis. Acid perut, ini kalau takder makanan dia akan makan dinding perut. Logicnya mudah.
*Acid perut tiada makanan akan makan dinding perut sebab = pedih perut.*
*Bila kita makan acid perut dia hadam makanan pulak itu yang hilang pedih perut*
Ini yang kita faham selama ini.
Kalau pekara ini benar, kenapa 80 peratus client saya yang buat endoscopy dan tapi tiada gastritis, tiada ulcer, tiada masalah hempedu…tapi perutnya tetap pedih kalau tak kerap makan ?
okes, pedih perut akibat tak makan ini tiada sebab lain. Ianya disebabkan oleh masalah “trapped gas” gas terperangkap di kawasan usus.
————————————
Bagaimana gas terperangkap di kawasan perut ini buat rasa pedih ? yang lagi peliknya kalau tak makan jer jadi pedih perut ?
————————————
Okes, untuk faham kenapa kita pedih perut 2 jam selepas makan, kita kena faham satu benda lagi iaitu Migrating Motor complex (MMC)
————————————
Apa itu MMC ?
————————————
MMC adalah proses kemut usus yang berlaku sejam setengah selepas kita makan. Ianya untuk proses dan hadam makanan, bersihkan usus dari bakteria yang tak sepatutnya. Ianya berhenti hanya bila kita makan.
——————————-
Apa kaitan MMC ini dengan pedih perut ?
——————————-
Jika orang itu mengalami masalah SIBO, Gas selalunya akan terperangkap di kawasan selekoh usus. Proses kemut usus (MMC) ini akan menekan gas yang terperangkap ini dan meningkatkan tekanan kepada dinding usus. Benda inilah yang buat pedih perut. Dia kacau vagal tone dan akan menyebabkan kita dalam keadaan histamine intolerance (jadi allergic reaction) Ini saya akan ceritakan dalam video selanjutnya.
——————————
Kenapa bila makan pedih perut hilang?
——————————
Sebab bila makan, MMC berhenti. Itu yang pedih perut hilang…Tapi tetap sengkak jugak perut…Nak makan boleh ler dalam 6 suap macam tue… Selagi tak keluarkan gas selagi itu 2 jam lepas makan akan pedih perut.
——————————
Jadi apa nak buat ?
——————————
Kena ler keluarkan trapped gas ini yer.
——————————
Tak boleh ke makan kerap sahaja ? pedih perut hilang jugak.
——————————
Perlu faham MMC ini kita punya usus “house keeping” Disebabkan berlaku dekat gangguan dekat dia itu yang sembelit dan kembung dan menjadi sarang untuk jemput pelbagai jenis penyakit. Kalau nak ada banyak penyakit boleh ler makan kerap.
——————————
Macam mana nak keluarkan gas ini dan tak nak bagi dia ada gas dah ?
——————————
Boleh rujuk tips MBB Academy ini yer
NAK MAKAN LAGI TAPI DAH SENGKAK.
PEDIH PERUT SEBAB LAPAR KE ?
Dan practice MBB . HAW-FI Plus, Real B, Real C dan Microbal bila dah 80 peratus ok.
Nota: Joinlah yer MBB Academy ini, sebab MBB ini subjective. Ramai ingat dah practice MBB…tapi sebenarnya tidak.
Untuk penyertaan MBB Academy, pembelian HAW-FI Plus dan product MBB boleh dibuat melalui Dietect atau anda boleh dapatkan terus dari MBBdropship atau Farmasi yang terdekat.
Ini adalah senarai MBBdropship, MBBAgent dan Farmasi
Boleh check untuk MBBdropship dan farmasi ready stock berdekatan anda terus
.
Subscribe channel youtube MBB untuk info Makan bagi betul yang simple dan tak memeningkan kepala
.
.
untuk nak rujuk balik Tips MBB yang mana terlepas elok ke group telegram MBB
.
.
Join channel ini utk contoh menu dan penerangan dari peserta MBB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *