TIPS MBB Flushing Batu Hempedu: Selamat ke Tak?

TIPS MBB Flushing Batu Hempedu: Selamat ke Tak?

Protokol Flushing batu hempedu semakin popular sebagai cara semula jadi yang mungkin mampu bantu keluarkan batu hempedu. Tapi betul ke protokol ni kita boleh praktik terus? Tips MBB kali ini saya akan cerita dari A sampai Z macam mana nak buat, risiko, dan boleh ke campur dengan ubat untuk masalah batu hempedu nie.

### *Kenapa Nak Buat Protokol Flushing Pundi Hempedu?*

1. Sebab dia rawatan semula jadi: Protokol Flushing batu hempedu ni adalah alternatif untuk elak pembedahan.

2. Media Sosial: TikTok, YouTube, ramai yang buat guide dan testimoni flushing batu hempedu. Banyak testimonial berjaya keluarkan batu hempedu tanpa kena bedah dan ini menyebabkan ianya semakin popular.

3. Elak Pembedahan: Akibat komplikasi, kos, ketakutan dan masa pemulihan pembedahan pundi hempedu menyebabkan ramai mencuba protokol flushing batu hempedu ini. Ia tak invasif, tak sakit, dan kos tersangat la jauh lebih rendah.

### Macam Mana Protokol Flushing Batu Hempedu ni?

Nota: Ini saya guna Protokol Flushing Batu Hempedu yang paling tipikal yer. Protokol ini saya tak kaitkan dengan mana mana doktor atau influencer kesihatan lain

Flushing ni melibatkan minyak zaitun, jus lemon, cuka epal, dan garam Epsom. Biasanya ambil masa dua hari je. Caranya macam ni:

1. Persediaan (1-2 hari): Minum cuka epal untuk lembutkan batu hempedu. Asid malik dalam epal dikatakan bantu lembutkan batu.

2. Berpuasa: Hari nak flushing, disyorkan berpuasa, cuma minum jus atau makan ringan je.

3. Hari Flushing: Minum garam Epsom untuk bukak saluran hempedu, lepas tu minum minyak zaitun campur dengan jus lemon sebelum tidur.

4. Rehat: Baring lepas minum campuran ni, biasanya di sebelah kanan untuk menggalakkan pengeluaran batu hempedu.

5. Esok Pagi: Sekali lagi minum garam Epsom, dan najis keluar bersama objek yang sering salah dianggap sebagai batu hempedu atau batu hempedu itu sendiri InsyaAllah.

Baik disini perlu kita fahami perbezaan objek yang sering salah dianggap sebagai batu hempedu atau batu hempedu itu sendiri.

1. Tekstur dan warnna Batu hempedu sebenar biasanya keras, macam kerikil kecil, dan terdiri daripada kolesterol, bilirubin, kalsium dan ada pelbagai warna (kuning, putih, coklat). Jika objek yang keluar selepas protokol flushing ni lembut, mudah pecah bila ditekan ianya, tekstur berlilin bewarna hijau ini bukan batu hempedu.

2. Beza asal pembentukkan: Objek bukan batu hempedu ni terbentuk dalam usus semasa proses flushing, bukan dari pundi hempedu. Ianya daripada proses saponifikasi—iaitu tindak balas kimia antara minyak (biasanya minyak zaitun) yang diminum semasa flushing, jus berasid (seperti lemon atau cuka epal), dan jus hempedu. Saponifikasi menghasilkan bahan seperti sabun yang kelihatan seperti ketulan lembut, berlilin, dan berwarna hijau dalam najis.

Masalah berlaku bila berlaku kekeliruan dalam membezakan objek yang keluar hasil dari prokotol adalah batu dari hempedu atau pon bukan. Ini menyebabkan individu tersebut lambat mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan untuk batu hempedu sebenar.

### Batu Saiz Apa Selamat untuk Flushing?

Batu di bawah 5 mm selamat untuk praktik protokol ini. Ini disebabkan kurang risiko untuk tersangkut pada saluran hempedu. TAPI PERLU INGAT! walaupun saiz batu 5 mm kebawah risiko tu tetap ada yer.

### Kenapa Batu Besar Tak Selamat untuk Flushing?

Batu lebih besar dari 5 mm, terutama lebih dari 10 mm memang bahaya untuk flushing. Sebabnya:

1. Saluran hempedu Boleh Tersumbat: Batu besar senang tersangkut, menyebabkan rasa sangat sakit, jaundis, dan komplikasi seperti jangkitan saluran hempedu atau pankreatitis yang perlukan pembedahan kecemasan.

2. Risiko Kolekistitis Akut: Batu besar boleh sebabkan radang akut pundi hempedu kalau tersangkut, yang ni sakit gila dan perlu bedah.

3. Tekanan Berlebihan pada Pundi Hempedu: Batu besar menambah tekanan, pundi hempedu boleh pecah, terutamanya kalau dinding pundi hempedu tu dah lemah.

4. Keputusan Palsu: Walaupun flushing boleh keluarkan batu kecil, batu besar berkemungkinan besar masih ada. Pastikan “check” hempedu dari masa kesemasa. Dia batu kecik jer boleh keluar, batu besar nie memang idok ler.

### Boleh ke Campur Ubat dengan Protokol Flushing Batu Hempedu?

Ubat seperti asid ursodeoksikolat (ursodiol) digunakan untuk larutkan batu hempedu dan proses ini mengambil masa berbulan-bulan. Untuk gabungkan Protokol flushing dengan ubat tak disarankan untuk digabungkan kerana Protokol flushing akan menganggu proses melarutkan batu hempedu tersebut.

### Risiko Flushing Pundi Hempedu

1. Risiko Penyumbatan Saluran Hempedu: Batu boleh tersangkut menyebabkan kesakitan, jangkitan, atau pankreatitis yang memerlukan pembedahan kecemasan.

2. Keputusan Mungkin Mengelirukan: Keliru sama ada batu hempedu yang keluar atau sekadar objek yang terbentuk dari proses saponifikasi protokol tersebut.

3. Dehidrasi dan Ketidakseimbangan Elektrolit: Garam Epsom adalah julap. Jika diambil dalam kuantiti yang saya salah akan menyebabkan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.

### Jenis masalah batu hempedu macam mana yang perlu buat protokol dan jenis macam mana yang elok jer terus buat pembedahan?

Apa apa pon, kita kena tahu symptom batu hempedu dulu. Antara symptomnya adalah:

1. Lokasi: Sakit ini biasanya terasa di bahagian atas kanan perut, betul-betul di bawah rusuk. Ia juga boleh merebak ke belakang, bahu kanan, atau di antara bilah bahu.

2. Jenis sakit: Sakit ini sering digambarkan sebagai tajam, kuat, atau cramp. Kadang-kadang boleh terasa seperti sakit yang sentiasa ada tak hilang hilang atau rasa macam ada benda tekan jer. Sakit ini boleh datang secara tiba-tiba dan kalau dia datang memang perghhh~ sakit betul.

3. Tempoh: Kesakitan biasanya bermula tiba-tiba dan boleh bertahan antara 15 minit hingga beberapa jam. Ia sering memuncak dalam masa sejam dan kemudian beransur reda (untuk yang masih on off)

4. Masa: Rasa sakit selepas makan makanan berlemak dan berat, tetapi boleh juga berlaku pada bila-bila masa, termasuk waktu malam.

5. Simptom Berkaitan: Kesakitan ini mungkin disertai dengan loya, muntah, kembung, senak, atau rasa penuh. Dalam kes yang teruk, simptom seperti demam dan menggigil boleh menunjukkan komplikasi seperti radang hempedu (cholecystitis).

6. Tak lega lega: Menukar posisi badan biasanya tidak memberikan kelegaan, dan kesakitan ini biasanya tidak berkurang dengan ubat penahan sakit biasa.

Okes kalau dah ada symptom macam nie kita perlu check di hospital yer. Doktor akan:

Lihat sejarah pesakit, buat pemeriksaan fizikal, dan beberapa teknik pengimejan. Ini cara diagnosis biasanya dibuat:

### 1. Sejarah Perubatan dan Pemeriksaan Fizikal:
– Doktor akan bertanya tentang simptom seperti sakit di bahagian atas perut, loya, muntah, dan sakit yang bertambah teruk selepas makan makanan berlemak.
– Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan periksa sakit tak di bahagian kanan atas perut.

### 2. Ujian Pengimejan:

– Ultrasound: Ini adalah ujian paling biasa dan pertama untuk diagnosis batu hempedu. Ia menggunakan gelombang bunyi untuk mencipta imej hempedu, mendedahkan kehadiran batu dan tanda-tanda keradangan atau jangkitan.

– CT Scan (Computed Tomography): CT scan memberikan imej rentas bahagian abdomen yang terperinci dan boleh mengesan batu hempedu, walaupun ia tidak begitu sensitif seperti ultrasound.

– MRCP (Magnetic Resonance Cholangiopancreatography): Ujian MRI ini memberikan imej terperinci saluran hempedu, hempedu, dan pankreas, membantu mengenal pasti batu yang mungkin menyekat saluran.

– HIDA Scan (Hepatobiliary Iminodiacetic Acid Scan): Ujian ini menilai fungsi hempedu dan saluran hempedu, menunjukkan bagaimana hempedu mengalir melalui struktur ini. Ia digunakan jika disyaki disfungsi hempedu walaupun tanpa batu yang kelihatan.

### 3. Ujian Darah:

– Liver Function Tests (LFTs): Tahap enzim hati yang tinggi boleh menunjukkan batu hempedu yang menyekat saluran hempedu.

– Tahap Bilirubin: Tahap bilirubin yang tinggi mungkin menunjukkan sekatan atau jangkitan.

– Kiraan Sel Darah Putih: Kiraan yang tinggi boleh menunjukkan keradangan atau jangkitan pada hempedu (cholecystitis).

### 4. Ujian Endoskopik:

– ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography): Menggabungkan endoskopi dan X-ray untuk memeriksa saluran hempedu dan juga boleh digunakan untuk membuang batu jika ditemui.

PASTIKAN CHECK DENGAN DOKTOR DULU NA~, sebab kalau takder batu kita pon lega dan jika ada batu hempedu kita akan dapat detail dia. Tak teka teka lagi dah. Kalau setakat berpasir dan saiz batu kurang dari 5 mm, InsyaAllah Ubat atau Protokol Flushing Batu Hempedu membantu. Tapi kalau dah lebih dari 5mm tue kan adalah lebih bijak kita ikut apa yang doktor sarankan.

### Kesimpulan

Kalau dah sakit sangat, jangan ler nak buat Protokol apa jenis lagi dah. Terus jer operate yer. Untuk khidmat nasihat dan ujian boleh ke MBB Diet Centre. Kita sembang panjang dulu. InsyaAllah Doktor di sana akan berikan khidmat nasihat yang paling cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *