Apa kegunaan sebenar Microbal ni?

TIPS MBB
————————
Apa kegunaan sebenar Microbal nie ?
——————————

Straight to the point, Microbal ini adalah untuk membantu usus develop bacteria dan enzyme specific kepada makanan yang berasaskan serat seperti sayur dan buah.

Saya design Microbal ini untuk memudahkan proses intro semula sayur, terutamanya sayur cruciferous (brokoli, kubis bunga etc) dan kekacang legume. Dengan percambahan bakteria usus kecil ini, dia akan bantu regulate hormon yang mana directly akan bantu selesaikan masalah anxiety dan kesihatan lain.

——————————
Macam mana Microbal buat semua ini.
——————————

Bila kita ada masalah SIBO, bermaksud kita ada percambahan jenis bakteria usus besar dekat usus kecil. Benda ini tak sepatutnya berlaku. Bila masalah ini berlaku…dia akan mengurangkan populasi bakteria usus kecil dan seterusnya menyebabkan kekurangan bakteria dan enzyme untuk hadam makanan berunsur sayur dan buah.

– Itu yang dulu boleh makan sayur…jadi sembelit dan buang air besar pon keluar sayur balik. kalau ada masalah SIBO (angin/gas)
– Dulu boleh lagi minum susu…dapat masalah SIBO…minum jer susu terus jadi cirit birit.

Sebab usus kecil sudah hilang kemampuan untuk nak hadam makanan jenis ini akibat percambahan bakteria usus besar pada usus kecil mengurangkan jumlah bakteria usus kecil yang bertanggungjawab untuk menghasilkan bakteria dan enzyme untuk menghadam makanan jenis ini.

Notes : Perlu faham bakteria usus kecil ini bukan sahaja untuk hadam sayur dan buah yer…owhhhh takkkkkk…Kerja dia banyakkkkk~ nak regulate hormon, nak bantu hasilkan hormon gembira, nak kawal tekanan darah, nak kawal immune system…banyak betulllll~ itu yang kalau kurang sahaja bakteria usus kecil ini akibat SIBO…badan pon ikut tak betul sekali. Masalah autoimmune berkenaan masalah kulit adalah kesan direct akibat masalah ini.

Sayur nie dihadam dekat usus kecil melalui proses penapaian dan penguraian. Proses ini memerlukan bakteria usus kecil kita sihat dan mencukupi. Dia bukan proses macam protein. Kalau protein ini dia proses dekat perut dan permulaan usus kecil sahaja dah selesai. Sayur dan buah ini dia dia dihadam sepanjang usus kecil. Kalau tak cukup bacteria dan enzyme specefic untuk hadam sayur nie…memang akan kembung, sembelit dan keluar balik sayur bila buang air besar.

Notes: untuk susu akibat kekurangan enzyme lactase untuk hadam lactose susu. Jadi ini jer saja memang cirit birit. Itu yang ada masalah penghadaman saya kata apa apa jenis susu memang tak membantu.

—————————
Macam mana nak selesaikan dia ?
—————————

Nak selesaikan dia bab nie mudah sebenarnya…tapi saya jarang cakap…(maaf sebab saya betul betul terlupa). Cara nak selesaikan dia adalah kita kena introduce probiotic yang direka khusus untuk

– Mencambah baikkan bakteria asal usus kecil untuk hasilkan lactic acid bagi mengurangkan percambahan bakteria usus besar yang tak sepatutnya pada usus kecil.
– Bantu bakteria asal usus kecil untuk menghasilkan bacteria dan enzyme spesifik untuk hadam sayur yang kita nak introduce dalam diet kita.

2 benda Ini yang Microbal buat. Benda ini boleh kita lihat…bila kita dah boleh makan pelbagai jenis sayur tanpa ada masalah…automatic segala masalah sebelum ini hilang. Sebab bakteria usus kecil dan makin balance…angin pon makin kurang.

—————————
Macam mana nak makan Microbal
—————————

Ambil bila badan rasa 70 peratus OK. Dah mula ada idea nak tambah makanan baru dalam diet terutama sayur dan buah. Kita ambil lepas kita makan benda baru kita nak introduce.
Ini akan bantu bakteria usus kita hasilkan bacteria dan enzyme yang sepatutnya untuk hadam jenis makanan baru yang kita introduce dalam diet.

Mulakan dengan sebiji tablet sahaja sehari. Bila dah makin rasi…naikkan jumlah hingga 3 biji tablet sehari.

—————————
Apa beza Microbal dan probiotic lain.
—————————

Langit dan bumi… Sebab saya tak lenjan untuk jumlah CFU seperti probiotic lain dan jenis strain saya pilih adalah yang paling “mild” pada usus. Sebab saya tahu, kalau saya pakai standard formula probiotic…merana orang jadi kembung…So bab ini saya dah go through habis habisan.

Minta maaf untuk post kali ini, saya tak guna jargon pelik pelik…takut orang pening. Apa yang saya fokuskan adalah…untuk improve condition kalau dah 70 % percent ok, nak boleh makan pelbagai jenis range makanan lagi…Amalkan Microbal yer dan jangan lupa MBB.

——————————

4 thoughts on “Apa kegunaan sebenar Microbal ni?

  1. Abd Halim Mihat says:

    Ada pejarakan ke dalam pengambilan hawfi dan mcrobal..cth klu minum hawfi pagi bila waktu yg sesuai utk pengambilan microbal..mohon pencerahan

    • Admin MBB Shop says:

      Terima kasih tuan atas soalan tuan, boleh je ambil pada bila2 masa, tapi waktu yang sesuai yang digalakkan untuk mengambil Microbal adalah selepas makan berat sama ada selepas makan tengahari ATAU selepas makan malam. Sehari sekali, dan untuk kesan yang optimum, ambil Microbal pada waktu yang sama setiap hari 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *