MBB adalah singkatan kepada Makan Bagi Betul iaitu program yang direka khas oleh Tuan Azwan Zainal yang bertanggungjawab mengubah ‘landskap’ kesembuhan dalam masalah kesihatan.Dengan ‘success rate’ yang tinggi.
MBB mengajar cara pemakanan yang sepatutnya diambil oleh seorang pesakit untuk menghentikan punca berlakunya keradangan dalam badan.
Kenapa MBB penting?
Pemakanan yang terbalik merupakan punca utama kepada masalah kesihatan Metabolik. Garis panduan pemakanan yang salah telah dipraktikkan masyarakat dunia lebih kurang 100 tahun ini menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan. Program MBB dibina bagi membetulkan kembali kesilapan ini supaya kesihatan metabolik kembali pulih.