Soalan: Kenapa buat Minuman “Dark Chocolate”? Apa problem dengan minuman “dark chocolate lain”?
Jawapan: Mudah, ada 3 masalah dekat sini:
1. Minuman “Dark Cholate sedia ada di pasaran tak sedap!
2. Tak sesuai untuk mereka yang ada masalah “leaky gut” dan histamine intolerance.
3. Tak support kesihatan bakteria usus dan metabolic.
Saya jelaskan bagaimana “Twilight Cocoa” Minuman “Dark Chocolate” MBB “solve” 3 masalah ini.
1. Kita pilih serbuk koko yang proses peramnya “cukup cukup” jer untuk memastikan paras histamine rendah (sesuai untuk mereka yang ada masalah “leaky gut” dan histamine intolerance) Ini juga untuk memastikan koko tak hilang karakteristik rasa coklat sebenar (masam, manis, pahit seimbang).
2. Kita guna Santan sebagai krimer dan bukannya krimer bukan tenusu (dibuat dari minyak sayur, punca masalah kesihatan). Ini bukan sahaja bertujuan untuk “texture” dan “rasa mulut”, medium-chain triglycerides (MCT) yang terkandung dalam santan bantu untuk menambah baik kesihatan usus dan kekalkan kesihatan metabolic.
3. Akhir sekali adalah secubit garam. Ini bukan untuk menimbulkan rasa “lemak” jer. Ia adalah komponen penting untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit, memastikan fungsi badan yang optimum dan menyokong kesihatan usus.
Hasilnya adalah “Twilight Cocoa” Minuman “Dark Chocolate” MBB. Bukan sekadar teramat sedap, ianya juga dikraf untuk kesihatan dan direkabentuk untuk kenikmatan, bukti komitmen MBB kepada inovasi dan kesihatan.
Reviews
There are no reviews yet.