Assalamualaikum dan Salam Sejahtera family MBB ❤️,
Sebelum jumpa HAWFI plus dan MBB memang huru hara. Kalau membuang wajib sembelit pakej buasir berdarah. Emosi terganggu. Susah tidur dan kalau boleh tidur akan terkejut dan nak tidur balik susah. Badan cepat sangat lenguh dan sakit.
Tips MBB : Atasi sembelit dan buasir.
Okes, untuk tahu bagaimana nak selesaikan masalah sembelit dan buasir perlu kita faham satu akan apa itu Migrating Motor complex (MMC)
Apa itu MMC?
Migrating Motor complex atau MMC adalah proses kemut usus yang berlaku sejam setengah selepas kita makan. Ianya untuk memastikan proses dan hadam makanan, bersihkan usus dari bakteria yang tak sepatutnya. Ianya hanya berhenti ketika:
1. Makan 2. Ketika badan dalam keadaan mode “lawan atau lari”.
Jadi apa kaitan MMC ini dengan masalah sembelit dan buasir? Saya jelaskan ya.
Masalah “Leaky gut” akan menyebabkan masalah “histamine intolerance”. Ini akan menyebabkan tubuh tersangkut dalam mode “lawan atau lari”. Apa yang akan berlaku adalah :
1. Tubuh bergantung kepada “glycolysis secara anaerobic” (gula ditukarkan kepada tenaga dalam keadaan kurang oksigen). Proses ini menyebabkan gula dibakar dengan pantas. Lama kelamaan simpanan gula pada otot (glycogen) berkurangan. Masalah kerap lapar akan berlaku.
2. Bila kerap lapar akan kerap makan. Ini akan menghentikan proses MMC yang baru nak bermula. Masalah sembelit akan berlaku.
3. Proses MMC yang terganggu akan menyebabkan masalah buasir berlaku kerana kemutan dan bukaan dubur tak “seirama”.
Jadi macam mana nak selesaikan masalah nie?
Punca masalah sembelit dan buasir adalah “leaky gut” menyebabkan “histamine intolerance” punca badan tersangkut dalam “mode lawan atau lari ganggu proses kemut usus (MMC). Rawat “leaky gut” dengan HAWFI dan amal MBB untuk mengurangkan “histamine intolerance” InsyaAllah masalah sembelit dan buasir akan berkurangan hari demi hari.
NOTA Pastikan minum air kosong 2.5 liter sehari dan bagi yang baru mula MBB, jika perlu kerap makan, MAKAN JER YER. Pada masa yang sama practice tips ini yer:
1. 15 minit sebelum makan minum air dahulu
2. Tekan tekan kawasan yang rasa sakit, keras, kebas, lenguh. Bagi sendawa hingga nafas rasa lawas.
3. Baru makan dan makan hingga kenyang dan puas.
Practice tips ini juga yer sebelum tido malam. InsyaAllah ini akan bantu kekalkan badan dalam mode “rehat dan hadam” yang mana akan bantu proses kemut usus sentiasa berjalan.